Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk
mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah
Kepantasan dan Ketepatan.
Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam
peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan
kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).
Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran
matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula
membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah,
disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk
menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan
itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan
penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil
mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu
sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin
pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan